Connect with us

Oh! Media

500,000 Rumah Mampu Milik Bakal Dibina Kerajaan?

rumah mampu milik

Trending

500,000 Rumah Mampu Milik Bakal Dibina Kerajaan?

Strategi penyediaan 500,000 unit rumah mampu milik telah dibicangkan oleh kerajaan untuk dibangunkan sepanjang tempoh Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

ADVERTISEMENT

BACA: “Kerajaan Bakal Haramkan Jualan Rokok Dan Vape Kepada Remaja” – Khairy Jamaluddin

Menerusi laporan Kosmo, perbincangan mengenai hal ini telah dilakukan dalam Mesyuarat Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) yang dihadiri oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Satu keluarga satu rumah

rumah mampu milik

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, MPMMN merupakan satu platform untuk menyelaraskan matlamat Satu Keluarga Satu Rumah.

Mesyuarat bersetuju mene­tapkan hala tuju baharu Program Perumahan Rakyat (PPR) yang mengambil kira keperluan semasa­ serta memasukkan komponen baharu ke arah menjayakan agenda Malaysia Berdaya Huni atau Liveable Malaysia.

Pembinaan PPR baharu akan mengambil kira elemen seperti keterhubungan dan akses internet seperti fibre to the home (FTTH), jaringan hubungan pe­ngangkutan awam serta reka bentuk yang lebih ekonomik dan lebih selesa.

Home Ownership Programme (HOPE) turut diperkenalkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk melihat ekosistem menyeluruh dalam penyediaan dan pembiayaan rumah serta program yang dapat menolong Keluarga Malaysia untuk memiliki rumah.

Mesyuarat mahu supaya Bank Negara melihat kembali model pembiayaan perumahan supaya memudahkan pemilikan perumahan.

Ini bagi memastikan institusi kewangan mempermudahkan pinjaman untuk B40 dan M40 membeli rumah PPR dan rumah mampu milik. Fokus diberi untuk pembelian terus dan rent to own (sewa untuk milik).

Kerajaan juga akan beri sepenuh tumpuan untuk melakukan pembinaan rumah mampu milik di bandar kecil dan pinggir bandar bagi memberi peluang buat golongan M40 membeli rumah.

Semoga pembinaan rumah mampu milik ini mampu membantu mereka yang benar-benar memerlukan untuk memiliki sebuah rumah untuk satu keluarga.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas