Connect with us

Oh! Media

5 Lagi Wanita Tampil Buat Laporan Jadi Mangsa Suspek

Trending

5 Lagi Wanita Tampil Buat Laporan Jadi Mangsa Suspek

Nampaknya semakin ramai wanita yang sudah berani tampil kehadapan dan membuat laporan. Hari ini, dilaporkan lima lagi laporan telah dibuat mangsa jenayah seksual yang melibatkan pendakwah selebriti.

ADVERTISEMENT

Suspek yang kini masih dalam tahanan reman itu nampaknya terpaksa menerima hakikat bahawa semakin ramai yang berani tampil menceritakan apa yang berlaku ke atas mereka.

Lima lagi laporan ini disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin di mana laporan telah dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan Petaling Jaya.

Siasatan masih berjalan, setakat ini dua daerah terima laporan polis berhubung tindak laku pendakwah terbabit. Polis akan menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undang.

Jumlah laporan terkini kira-kira empat hingga lima, jadi kita menggesa semua tampil ke hadapan sekiranya mereka menjadi mangsa pendakwah ini. – Katanya.

Setakat ini, pihak polis tidak menolak kemungkinan kebanyakan mangsa mudah tertarik dengan cara pendakwah itu menyakinkan mereka termasuk dengan kata-kata dan perwatakan yang menarik.

Kebanyakan mangsa masih muda, usia sekitar 21 hingga 25 tahun, mungkin tertarik dengan pendakwah itu kerana cara dia mendekati mangsa dalam usia sebegini.

Apabila dia menggambarkan diri dia sebagai pendakwah yang boleh menenang dan meyakinkan mangsa terutama bercakap lebih menjurus kepada keagamaan, ini menjadi tarikan kepada mangsa.

Tarikan dari segi rupa paras itu bergantung pada yang melihat, ada nampak dia tampan, ada sebaliknya tetapi cara dia bercakap yang dapat menarik mangsa. – Jelas Noor Azam lagi.

Sebelum ini seorang guru juga dikatakan sudah membuat laporan menerima nasib yang sama. Apa-apapun siasatan masih dilakukan dan sekiranya masih ada lagi mangsa di luar sana, mohon tampil kehadapan bagi memastikan kes ini dapat diselesaikan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas