Trending
400,000 Peminjam Tak Bayar 1 Sen Pun Tapi PTPTN Tetap Sedia Nak Bantu!
400,000 peminjam PTPTN tak pernah bayar walau satu sen, libatkan tunggakan RM5 bilion! PTPTN sedia bantu jika benar susah.
Lebih 400,000 peminjam PTPTN dilaporkan langsung tidak pernah membuat sebarang bayaran balik pinjaman mereka walaupun sudah lebih 10 tahun tamat pengajian!
Menurut laporan Harian Metro, jumlah tunggakan kini sudah mencecah RM5 bilion, melibatkan peminjam yang terus mengelak daripada membayar sejak hari pertama dan perkara ini dikatakan sendiri Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Kumpulan tegar ini selepas 10 tahun yang tidak pernah bayar sekalipun…
PTPTN tak kejam, sedia bantu yang terdesak

Dalam masa sama, PTPTN tampil dengan pendekatan lebih mesra untuk bantu peminjam yang betul-betul susah.
Ketua Pegawai Operasi PTPTN, Mastura Mohd Khalid berkata ya g mereka sedia berbincang dan menawarkan pelan bayaran balik fleksibel, termasuk penstrukturan semula pinjaman.
Kita tidak akan minta sehingga 100% atau 50% sekaligus… boleh bincang ikut kemampuan dan slip gaji.
Bayaran ikut umur dan bendapatan, tak perlu risau!

Antara insentif yang ditawarkan:
- Bayaran serendah 5-6% daripada gaji
- Tempoh bayaran boleh dipanjangkan hingga umur 60 tahun
- Bayaran ansuran serendah 3 hingga 6 bulan sebagai permulaan
Dengan syarat, peminjam muncul dan berbincang.
Pssttt! Kalau ada hutang, jangan lari. Biar sikit-sikit, asalkan bayar. PTPTN buka ruang untuk runding. Yang penting, ada niat untuk selesaikan.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM