Connect with us

Oh! Media

4 Lelaki Mengaku Salah, Pukul Pelajar Tingkatan 1 Hingga Cedera

Artikel 1 24 5

Trending

4 Lelaki Mengaku Salah, Pukul Pelajar Tingkatan 1 Hingga Cedera

Kejadian di sebuah sekolah di Seremban, empat orang pelajar lelaki telah mengaku salah di Mahkamah Majistret semalam, atas pertuduhan mencederakan seorang pelajar tingkatan 1.

BACA: Staf Akui Kesilapan Buli Gelandangan, Majikan Suruh Cium Kaki Minta Maaf

Menerusi laporan Sinar Harian, mahkamah telah menetapkan tarikh 22 Jun untuk pendengaran laporan akhlak bagi semua yang tertuduh sebelum dijatuhi hukuman.

IKLAN
1783630

Kejadian tersebut dikatakan telah berlaku pada 13 Mei, jam 12 tengah malam di mana empat orang pelajar ini didakwa sengaja memukul pelajar tingkatan satu di bilik asrama dan menyebabkan si mangsa mengalami kecederaan.

Hukuman bagi Seksyen 323 Kanun Keseksaan ini memperuntukkan penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Empat orang pelajar itu difahamkan tidak diwakili oleh mana-mana peguam. Semoga mereka mendapat hukuman yang setimpal sebagai pengajaran untuk tidak lagi melakukan pembulian di sekolah atau di tempat lain.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas