Connect with us

Oh! Media

4 Beranak Hilang Ditemui Selamat, Telefon Rosak Masuk Air Dipercayai Punca ‘Lost Contact’

hilang

Trending

4 Beranak Hilang Ditemui Selamat, Telefon Rosak Masuk Air Dipercayai Punca ‘Lost Contact’

Kecoh hari ini mengenai kehilangan empat beranak iaitu nenek, anak lelaki dan dua cucu ketika bercuti di Pulau Perhentian.

ADVERTISEMENT

BACA: “Dah Check Out, Kereta Di Jeti Tak Ada” – Keluarga Bercuti Di Pulau Perhentian Gagal Dihubungi Sejak Jumaat

Mereka gagal dihubungi pada Sabtu menyebabkan ahli keluarga meminta pertolongan orang ramai mencari di media sosial.

Terbaru, kes itu selesai apabila pemilik akaun Facebook bernama Ah Pek yang dipercayai waris mengesahkan keluarganya ditemui selamat.

Sukarelawan khidmat komuniti percuma, Ahmad Nazrul daripada JNZA Gaung Global berkata empat beranak ini ada singgah makan di sebuah restoran sebelum balik rumah.

Mereka dipercayai terputus hubungan dengan ahli keluarga kerana telefon rosak masuk air ketika snorkeling di pulau itu.

Alhamdulilah semuanya selamat dan kes selesai.

Kredit: Facebook Ah Pek | Ahmad Nazrul

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas