Connect with us

Oh! Media

24 Kanak-Kanak Maut Di India, Demam Misteri Jadi Punca

demam misteri

Trending

24 Kanak-Kanak Maut Di India, Demam Misteri Jadi Punca

24 kanak-kanak telah mati mengejut di India, membuatkan pihak berkuasa berusaha mencari tahu sebab utama kematian tersebut. Demam misteri dikatakan menjadi punca kematian mengejut itu.

ADVERTISEMENT

BACA: Bali Pula Dilanda Wabak Misteri Selepas 1,000 Ekor Khinzir Mati

Menurut Mstar, 8 daripada 24 kanak-kanak tersebut maut selepas beberapa jam jatuh sakit di Utara India. Pasukan perubatan di Palwal tidak dapat mengenal pasti punca demam misteri itu dan masih menjalankan siasatan.

Mati dengan cepat

demam misteri
Situasi di India (Foto: Mirror, Anadolu Agency (Getty Image))

Menerusi laman Mirror, kematian ini telah membuat para doktor di hospital dan ibu bapa panik. Pakar mendakwa, virus ini menyebabkan sakit pada sendi, dehidrasi, rasa loya dan sakit kepala.

Pesakit, terutama kanak-kanak di hospital mati dengan cepat. – Dr Neeta Kulshrestha

Tiada rawatan khas

Seorang pegawai kesihatan melaporkan, sampel telah diambil untuk melakukan siasatan yang berkaitan dengan demam misteri ini. Ada ibu bapa memberitahu media bahawa anak mereka mati selepas dibawa ke hospital akibat demam.

Anak saya mengadu demam pada petang khamis, dia dimasukkan ke Kolej Perubatan Nalhad untuk mendapatkan rawatan tetapi dia meninggal pada petang yang sama. – Ibu Bapa.

Ada juga ibu bapa yang mengatakan anaknya mengalami gejala yang sama dan meninggal keesokan harinya. Menurut Mstar, lebih 50 orang, dan kebanyakan kanak-kanak mati akibat demam misteri itu. Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), tidak ada rawatan khas untuk demam tersebut dan beberapa orang pakar percaya yang denggi mungkin menjadi salah satu sebab kematian.

Sama-sama kita mendoakan agar mereka di India akan kembali pulih dan wabak demam misteri ini dapat dikesan puncanya.

Kredit: Mstar, Mirror.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas