Connect with us

Oh! Media

21 Pegawai TUDM Terlibat ‘Yeye’? Siasatan Lengkap, Tindakan Tegas Bakal Menyusul

Ohmedia panglima tudm siasatan yeye

Oh! Negara

21 Pegawai TUDM Terlibat ‘Yeye’? Siasatan Lengkap, Tindakan Tegas Bakal Menyusul

TUDM sahkan siasatan kes ‘yeye’ 21 pegawai sudah lengkap, tindakan tegas bakal dikenakan jika terbukti bersalah.

Yak yak yeye…. Sebelum ni, kita semua dikejutkan dengan pendedahan video dan gambar menunjukkan anggota tentera terlibat dalam aktiviti tidak bermoral. Apa yang mengecewakan, perkara ini berlaku di dalam kem tentera.

Kini, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris, mengesahkan siasatan berhubung isu ini sudah pun lengkap.

Laporan Siasatan ‘Yeye’ diserahkan kepada Cawangan Perundangan TUDM

Mindef

Tujuan penyerahan ini adalah untuk kenal pasti jenis kesalahan dan peruntukan undang-undang yang sesuai untuk setiap individu terlibat.

IKLAN

Sekiranya didapati bersalah, tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi kepada yang terbabit tanpa mengira pangkat.- Katanya.

Norazlan juga tegaskan yang kenyataan beliau sebelum ini bukan sekadar gimik semata-mata. Beliau benar-benar serius dalam menangani isu ni dan janji akan dikotakan.

21 pegawai dari PU Subang disiasat

Setakat ini, seramai 21 pegawai disiasat, kebanyakannya dari Pangkalan Udara (PU) Subang. Bagaimanapun, siasatan turut melihat kemungkinan penglibatan dari unit lain, walaupun belum ada laporan rasmi diterima.

Setakat ini tiada laporan diterima berhubung pembabitan lain-lain pangkalan atau unit berhubung isu itu.- Katanya.

Kes ini mula panas selepas beberapa gambar dan video tular menunjukkan perlakuan tak bermoral dalam kalangan anggota tentera. Susulan itu, Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengarahkan siasatan dalaman dijalankan secara menyeluruh oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi tentukan kesahihan dakwaan.

Pssttt! Ohmedia harap korang yang ada kuasa dan jawatan jangan sesekali salah guna amanah. Sekali buat silap, nama baik dan kepercayaan orang ramai boleh musnah sekelip mata.

Kredit: Buletin TV3
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas