
Trending
18 Pegawai Imigresen KLIA Dibuang Kerja Selepas Melakukan Kesalahan Termasuk Rasuah
Dilaporkan 18 orang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah dibuang kerja semenjak 2021.
Kesemua pegawai itu telah melakukan kesalahan seperti jenayah, rasuah dan dadah. Perkara itu didedahkan oleh Pengarah Imigresen KLIA, Ibrahim Mohd Yusof.
Imigresen bekerjasama dengan SPRM

Jabatan tidak berkompromi dan kita sentiasa berusaha bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan KLIA sentiasa bersih.
Selain itu, JIM KLIA juga melaksanakan lima inisiatif bagi mengatasi isu integriti iaitu taklimat sebelum bertugas, sistem pengawasan dan pemantauan, larangan bawa telefon bimbit dan jam pintar, isytihar wang serta kerjasama strategik dengan SPRM.
Kesimpulannya, isu integriti perlu dielakkan bagi memastikan semua pegawai bersih dan rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.

