Connect with us

Oh! Media

13 Juta Rakyat Dah Tebus Bantuan SARA, Bantu Khususnya Golongan B40 Ringankan Beban

Ohmedia bantuan Sara

Trending

13 Juta Rakyat Dah Tebus Bantuan SARA, Bantu Khususnya Golongan B40 Ringankan Beban

13 juta rakyat Malaysia sudah tebus bantuan SARA bernilai RM1 bilion! Inisiatif ini bantu B40 ringankan beban hidup dan tingkatkan kuasa beli.

Hampir 13 juta rakyat Malaysia yang layak sudah menebus bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan jumlah perbelanjaan mencecah RM1 bilion.

Menurut laporan Berita Harian, inisiatif ini sangat membantu isi rumah B40 khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman dan perkara ini dikatakan sendiri Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Sabah dan Labuan antara penerima tertinggi

Bantuan Sara

Di Sabah, lebih 98% daripada 1.2 juta penerima sudah menggunakan SARA untuk membeli barangan keperluan.

IKLAN

Manakala di Labuan, 65% daripada 50,000 penerima telah menebus bantuan RM100 masing-masing.

Amir Hamzah menolak dakwaan penggunaan MyKad menyukarkan warga emas atau penduduk pedalaman.

Kadar penebusan di negeri seperti Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak adalah antara yang tertinggi di seluruh negara.

SARA buat kedai runcit pun dapat manfaat

Bantuan Sara

Bukan rakyat saja yang rasa lega, malah perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) turut menikmati peningkatan jualan.

Jumlah kedai runcit yang menyertai SARA juga meningkat daripada 7,300 kepada lebih 8,100 di seluruh negara.

Pssttt! Bantuan yang ada jangan disia-siakan. Gunakan dengan bijak untuk keperluan harian, bukan kehendak sementara. Rezeki yang sedikit tapi berkat lebih bermakna.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas