Trending
11 Pelajar Direman, Pukul Pelajar Junior Di Asrama
Seramai 11 orang pelajar lelaki direman selama tiga hari bagi membantu siasatan berkenaan kes pukul seorang pelajar di sebuah sekolah berasrama di Kuala Nerus, minggu lalu.
BACA: Ditahan Bantu Siasatan Kes Amang Seksual Fizikal, Anak Penceramah Bebas Kata Bapa Difitnah
Menurut laporan daripada Utusan Malaysia, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret/Sesyen Kuala Terengganu, Norina Maludin mengeluarkan perintah reman itu mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din, Ketua Polis Daerah berkata, kesemua suspek yang berusia antara 14 hingga 17 tahun ditahan ketika memberikan keterangan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu antara pukul 12 tengah hari hingga 1 petang, semalam.
Ia susulan daripada laporan polis yang dibuat oleh mangsa yang berusia 14 tahun kira-kira jam 9.40 malam, kelmarin.
Mangsa mendakwa dipukul dan disepak hingga lebam pada paha gara-gara berselisih faham,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tular di Twitter
Sebelum ini tular gambar yang dikongsikan di Twitter menunjukkan kesan lebam yang dialami seorang pelajar yang disyaki akibat dipukul oleh pelajar senior di sekolahnya.
KES BULI DI SEKOLAH SUKAN MALAYSIA GONG BADAK…
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) April 19, 2022
Mangsa AQIL MUSTAKIM TINGKATAN 2 (anak sedara saya) telah dibawa ke tingkat tiga (bilik kosong) Dan telah dipukul dari Jam 11p.m hingga 3.30am oleh sekumpulan SENIOR TINGKATAN 5. LAPORAN POLIS TELAH DIBUAT DAN 11 ORANG TELAH pic.twitter.com/mFUEkR0ZSc
Kredit: Utusan Malaysia | Twitter Malaysia Most Viral
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM