Trending
Ditahan Bantu Siasatan Kes Amang Seksual Fizikal, Anak Penceramah Bebas Kata Bapa Difitnah
Seorang penceramah bebas ditahan polis untuk membantu siasatan kes dakwaan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.
Harian Metro dalam laporannya berkata, lelaki berusia 61 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Balai Polis Ajil, Hulu Terengganu.
BACA: Penceramah Bebas Ditahan, Tergamak Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak Rakan
Terbaru, anak kepada penceramah itu tampil mendakwa bapanya telah difitnah. Sebagai seorang anak yang turut menjadi peguam mewakili bapanya, dia berkata tindakan akan diambil.
Anak mohon doa semua
Dia memohon fitnah jahat ini dihentikan dan semoga pelaku serta semua yang bersubahat diberikan hidayah.

Menerusi hantaran di Facebook, lelaki ini turut menyertakan link berita yang dikeluarkan Harian Metro. Memohon doa daripada orang ramai, dia berkata sudah tiga hari berjuang dan masih belum berhenti.
Kredit: Facebook Amin Farhan
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.