Connect with us

Oh! Media

10 Akhir Ramadan Tapi Disajikan Dengan Isu Keaiban, Izwan Azir Risau Benda Begini Dinormalisasikan

izwan azir

Trending

10 Akhir Ramadan Tapi Disajikan Dengan Isu Keaiban, Izwan Azir Risau Benda Begini Dinormalisasikan

“Selebriti Malaysia tak layak bergelar ikon”, itulah kenyataan yang pernah dikeluarkan Wardina Safiyyah 14 tahun yang lalu dan kenyataan ini disokong bekas penyampai berita, Izwan Azir.

ADVERTISEMENT

Perkara ini dikongsikan Izwan di aplikasi X selepas pendedahan Bella Astillah malam tadi tentang suaminya menjadi topik panas ketika ini.

Tergamam bila perbuatan curang yang terang-terang berdosa diakui begitu saja…

14 tahun dulu, Wardina Safiyyah cakap dunia selebriti Malaysia ‘gah pada cerita sensasi’, memalukan dan mengaibkan’.

Bila seorang pelakon dedahkan perilaku suaminya juga seorang artis curang bersama 11 orang termasuk adik iparnya, saya tiada pilihan selain terpaksa setuju dengan Wardina.

Saya macam tergamam bila perbuatan curang yang terang-terang berdosa ini diakui begitu saja. Isteri pun mengaku curang dan cover balik dengan kata khilaf. Bukan saya nak kata saya ni baik dan maksum tapi keaiban-keaiban begini sebenarnya tak boleh dicanang-canang. Agama tak suruh dihebohkan semuanya.

Dalam pada itu, Izwan turut meluahkan rasa bimbang dengan apa yang berlaku kerana takut di normalisasikan. Risau orang merasakan isu curang ini perkara biasa.

Akui selebriti macam Alif Satar membantu tunjukkan nilai positif dunia seni…

Seperti Wardina akui dalam artikel tu, tak semua artis yang buruk perangainya begini. Ramai juga yang baik. Saya akui. Alif Satar sebagai contoh. Apa yang beliau buat ni sekurang-kurangnya, bersihkan noda-noda hitam dunia selebriti ni. But we need people like him.

Apapun, kita harapkan agar isu seperti ini tidak menjadi kebiasaan sebab kami dekat Ohmedia pun rasa tak seronok nak berkongsi. Semoga bulan Ramadan yang berbaki ini memberi kita kesedaran untuk jadi lebih baik.

Kredit: Aplikasi X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas