Connect with us

Oh! Media

Pantai Teluk Kemang Kini Bebas Khemah Biru, Pemandangan Kembali Indah!

Ohmedia pantai teluk kemang

Oh! Travel

Pantai Teluk Kemang Kini Bebas Khemah Biru, Pemandangan Kembali Indah!

Keindahan Pantai Teluk Kemang kini dapat dinikmati sepenuhnya selepas Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) mengarahkan semua pengusaha khemah biru menghentikan operasi mereka pada 18 November lalu.

Langkah ini ternyata membawa perubahan besar kepada suasana pantai popular di Port Dickson.

Pemandangan pantai Teluk Kemang kini lebih terbuka

Image
Kan luas pemandangan tu Lebih bahagia abang dan akak tu

Pengunjung pada hujung minggu lalu juga dilihat semakin selesa berkelah tanpa gangguan deretan khemah. Atifah Norman, 26, dari Semenyih, Selangor, menyatakan keindahan pantai ini lebih terserlah.

IKLAN

Sebelum ini, pemandangan pantai terhalang oleh khemah. Sekarang, saya lebih seronok datang berkelah dengan keluarga.- Katanya.

Harapan pengunjung perubahan ini kekal…

Image
Nampak tu Penuh dengan khemah biru Oh Teluk Khemah

Mohamad Afizan Mohamed Aris, 46, dari Kuala Pilah, juga meluahkan rasa puas hati dengan perubahan tersebut.

Pantai ini lebih tenang tanpa khemah-khemah biru. Kita datang ke sini untuk nikmati keindahan alam, bukan pemandangan khemah.- Ujarnya.

Beliau mencadangkan pihak berkuasa melakukan pemantauan berterusan agar suasana ini kekal terpelihara.

BACA: Khemah Biru Di Pantai Teluk Kemang Terus Berdiri Walau Penguatkuasa Negeri Beri Amaran Keras

Langkah tegas MPPD!

Arahan menghentikan perniagaan sewaan khemah ini turut melibatkan pantai lain seperti Pantai Tanjung Biru dan Pantai Cermin. MPPD menyatakan tindakan ini adalah sebahagian usaha menambah baik perkhidmatan dan suasana di pantai-pantai utama Port Dickson.

Menurut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), MPPD berhak memindahkan sebarang halangan tanpa notis sekiranya arahan ini tidak dipatuhi.

BACA: Isu Sewa Khemah Biru Di Pantai Teluk Kemang: Kerajaan Negeri Sembilan Ambil Tindakan Tegas

#OhmediaNasihat

Keindahan pantai adalah khazanah yang perlu dijaga untuk generasi akan datang. Langkah seperti ini menunjukkan pentingnya keseimbangan antara perniagaan dan pemeliharaan alam.

Semoga Pantai Teluk Kemang terus kekal indah dan menjadi tarikan pelancongan terbaik untuk semua!

Ohmedia pantai teluk kemang

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Sinar Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Travel

Ke Atas