Connect with us

Oh! Media

Ini 4 Destinasi Mesra Muslim Di Eropah Yang Wajib Anda Kunjungi

destinasi

Oh! Travel

Ini 4 Destinasi Mesra Muslim Di Eropah Yang Wajib Anda Kunjungi

Pelancongan halal semakin berkembang pesat di banyak negara untuk menarik lebih ramai pelancong Muslim untuk melawat negara-negara tersebut.

ADVERTISEMENT

Korang mesti pening memikirkan destinasi pelacongan yang mempunyai makanan dan kemudahan halal, serta akses mudah ke masjid?

Lagi-lagi apabila melancong ke negara eropah, jangan risau berikut adalah 4 destinasi mesra-muslim terbaik di Eropah yang menarik untuk korang lawati!

Berlin, Jerman

Salah satu negara yang mesra muslim dan paling terkenal di Eropah adalah Berlin. Negara ini mempunyai sebahagian besar penduduk Muslim, masjid yang hebat, dan perkhidmatan halal yang memenuhi keperluan dan keutamaan umat Islam.

Malah, negara Jerman adalah destinasi budaya yang wajib dilawati di Eropah dengan atraksi ikonik yang mempunyai lebih daripada 170 muzium dan lebih daripada 300 galeri seni yang menangkap esensi tempat tersebut.

Sebagai contoh, mempunyai lebih daripada 70 masjid, termasuk Masjid Wilmersdorfer, masjid tertua di Jerman yang dibina pada tahun 1924, Masjid Omar Ibn Al-Khattab, Masjid Sehitlik, dan Masjid Khadija.

Tambahan, turut ada pelbagai restoran halal boleh didapati, termasuk hidangan Lebanon, Turki, Maghribi, India, dan Arab.

destinasi

Barcelona, Sepanyol

Destinasi eropah yang seterusnya adalah di Barcelona, Sepanyol yang merupakan sebuah bandar pantai dengan seni bina yang menakjubkan, penuh dengan seni bina Gothic, karya Avante-Garde, tempat-tempat budaya, sejarah, dan semula jadi yang mempesonakan.

Menariknya, korang wajib melawat Museu Picasso di mana boleh melihat karya-karya asal oleh salah seorang seniman terbesar dunia, Pablo Picasso.

Dalam pada itu, terdapat juga destinasi melawat ke masjid terkenal yang dikenali sebagai Tarek Ibn Ziyad.

Jangan bimbang, ada juga restoran-restoran halal seperti Bismillah Kebabish, Aroma yang terletak di Las Arenas Mall, Italiana San Giorgio, Mandarin Oriental, Habibi Restaurant, dan Wild Beef Burgers.

destinasi

London, United Kingdom

Pelancong Muslim suka melawat bandar abadi ini dengan gabungan anggun dari keajaiban seni bina yang berusia berabad-abad hingga pencakar langit moden abad ke-21.

Seperti yang kita ketahui, London mempunyai komuniti Muslim yang agak besar, dan tidak banyak restoran halal di kedai makan santai, restoran mewah, dan kemudahan solat.

Bukan itu sahaja,  London Central Mosque yang direka dengan elegan, Masjid Suleymaniye, Masjid London Timur, dan Masjid Finsbury Park adalah beberapa masjid-masjid di bandar ini.

Selain itu, korang juga boleh kunjungi Istana Buckingham yang berprestij, Big Ben yang kalsik dan merupakan simbol bagi bandar yang bertenaga ini.

destinasi

Roma, Itali

Bandar Roma yang terletak di Itali terkenal dengan museum yang cantik dan menakjubkan untuk dilawati.

Korang boleh kunjungi Masjid Roma yang merupakanmasjid terbesar di Eropah dan boleh menampung 12,000 jemaah. Masjid penting lain adalah Masjid Quba, Masjidul Huda, dan Moschea El Fath.

Sementara itu, korang juga wajib untuk melihat sendiri Permata sejarah Empayar Roma, Colosseum, merupakan salah satu daripada tujuh keajaiban dunia moden.

Destinasi yang korang boleh juga lawati adalah  Villa Borghese yang mempunyai taman yang hijau, tebing rumput, lorong yang berdaun dan penuh dengan aktiviti yang boleh dinikmati.

Muzium Kebangsaan di Baths of Diocletian; Forum Roman; Spanish Steps yang dibina dalam gaya Rococo; Tujuh Bukit Roma.

Terdapat juga, restoran-restoran halal yang perlu dicuba di sini adalah Ciro Kebab, Luna Caprese, Shawarma Station, Chicken Hut Cafe, Istanbul Doner Kebab Pizza, dan Ristorante Persiano.

destinasi

BACA: Pening Cari Restoran Halal Di Korea Selatan, Ini 5 Tempat Makan Halal Wajib Dikunjungi

Sebelum ini kami ada kongsikan 5 tempat makan yang halal di Korea Seletan bagi memudahkan mereka yang mengunjungi ke negara itu.

Kredit: Halaltrip

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Sape yang single tu boleh kot isi borang nak jadi girlfriend Syakur hahahahaha. #drzulkiflialbakri#syakur#belajar#luarnegara#jordan#ohtrending#ohmedia

♬ Satu Rasa Cinta – Happy Asmara

  • destinasi
  • destinasi

Lagi dalam kategori Oh! Travel

Ke Atas