Connect with us

Oh! Media

‘Wira’ Banjir, Azwan Omar Tiba Di Terengganu Untuk Salur Bantuan

azwan omar

Trending

‘Wira’ Banjir, Azwan Omar Tiba Di Terengganu Untuk Salur Bantuan

Sejak minggu lepas, Terengganu telah dilanda banjir yang sangat teruk dan ramai rakyat di negeri ini memerlukan bantuan. Azwan Omar, atau dikenali sebagai ‘Abang Viva’ yang merupakan wira kepada mangsa banjir telah selamat tiba di Terengganu pada awal pagi tadi.

ADVERTISEMENT

BACA: Masih Cuti, Ini Sebab Abang Viva Rancang Berhenti Kerja

Menerusi Facebook Live Azwan, dia telah tiba di Kampung Bukit Diman, Hulu Terengganu pagi tadi bersama beberapa orang rakannya.

Azwan menyatakan dia sudah tiba di Terengganu pada jam 4.50 pagi bagi membantu mangsa banjir yang memerlukan bantuan.

Abang viva turut meminta orang ramai untuk kongsi tempat-tempat yang masih tidak surut air banjir untuk dia dan rakan-rakannya menghulurkan bantuan.

Beberapa orang yang menyaksikan live tersebut telah mengarahkan Azwan untuk pergi ke Kuala Berang yang sedang terjejas teruk.

Azwan menggunakan kenderaan Triton yang diberikan kepadanya untuk membantu mangsa banjir di Terengganu.

Semoga Azwan Omar diberikan kurniaan dan kesihatan berpanjangan kerana selalu membantu mereka yang dalam kesusahan. Terbaik la Abang viva!

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas