Connect with us

Oh! Media

Oh! Tidak

Watie Terima Tawaran Berlakon Tapi Terpaksa Tolak, Ini Sebabnya..

Isteri kepada pelawak Shuib, Watie mendedahkan bahawa dia ada menerima tawaran untuk berlakon daripada syarikat penerbitan Zeel Productions baru-baru ini.

Menurut laporan mStar, permintaan itu terpaksa dilupakan kerana Shuib tidak membenarkan dia untuk muncul di layar TV sebagai pelakon.

IKLAN

Ada tawaran berlakon bersama Talita. Tetapi awal-awal lagi dah ditolak oleh suami. Mereka dah berikan skrip, tetapi saya terpaksa tolak.

Shuib kata kalau buat review atau iklan boleh, tetapi tidak untuk sebarang program televisyen.

Ujar Watie lagi, anak tirinya iaitu Talita juga pernah memasang impian untuk beraksi di hadapan kamera.

Meskipun pihak produksi bersetuju untuk mengikuti jadual Watie namun Shuib menasihatkannya agar tidak menerima kerana tahu akan beban masa serta tenaga di lokasi.

Talita memang nak sangat berlakon. Tetapi suami tak mahu biasakan anak dengan dunia lakonan.

Dia tahu bagaimana sibuknya menjadi seorang pelakon dengan jadual di lokasi. Walau produksi setuju ikut jadual Talita, ayahnya tetap berkata tidak.

Dalam pada itu, Watie memaklumkan bahawa dia ambil maklum mengenai komen sesetengah netizen yang tidak senang duduk melihatkan kebahagiaannya bersama Shuib dan anak-anak.

Jelas wanita itu, dia tidak kisah dan hanya memikirkan keluarga selain hanya ingin fokus kepada keharmonian rumah tangga yang dibina bersama pelawak itu.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas