Connect with us

Oh! Media

Dakwaan ‘Perkosa’ Kambing Hingga Mati, Warga Emas Direman 7 Hari

Trending

Dakwaan ‘Perkosa’ Kambing Hingga Mati, Warga Emas Direman 7 Hari

Seorang lelaki warga emas direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes hubungan seks luar tabii dengan seekor kambing betina sehingga haiwan itu mati. Kejadian yang berlaku di Sungai Buaya, Serendah itu disedari pemilik kambing kira-kira jam 1.30 tengah hari selepas mendengar bunyi pelik.

ADVERTISEMENT

Dia segera ke belakang rumah untuk memeriksa haiwan peliharaan itu dan mendapati seorang lelaki yang dikenali bangun daripada sebelah kambing dalam keadaan separuh bogel. Lelaki tersebut kemudian melarikan diri.

BACA: Video Anak Kambing Wajah Manusia Viral, Disembah Bagai Dewa Di India

Suspek berusia 60 tahun itu berjaya ditahan polis di sebuah kawasan semak di Jalan Tengah, Kampung Sungai Buaya tidak lama selepas laporan dibuat. Semakan polis mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah.

rogol kambing

Memetik laporan Harian Metro, perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mohamad Azrul Muhd Sabri di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu bermula hari ini hingga 4 Ogos. Kes disiasat mengikut Seksyen 377/289 Kanun Keseksaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin, pihaknya akan melengkapkan kertas siasatan untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut.

Terdahulu, sepasukan anggota daripada Unit Forensik Polis Selangor serta Jabatan Veterinar Kuala Kubu Bharu telah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan. Kambing dilaporkan sudah dihantar ke makmal Jabatan Veterinar untuk analisis dan bedah siasat.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas