Connect with us

Oh! Media

Warga Emas Ditemui Maut Dalam Ladang Kelapa Sawit Lepas Berasmara Dengan Skandal Muda

warga emas maut berasmara

Oh! Tidak

Warga Emas Ditemui Maut Dalam Ladang Kelapa Sawit Lepas Berasmara Dengan Skandal Muda

Di Jakarta Indonesia, penemuan mayat dalam ladang kelapa sawit disahkan milik seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun yang dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Kosmo!, jasadnya ditemui pada Rabu iaitu dua hari selepas keluarga membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Disyaki berasmara sebelum maut

warga emas maut berasmara

Hasil siasatan, Asisten Komisioner Polis Raja Napitupulu berkata, warga emas itu dipercayai maut ketika berhubungan intim dengan seorang wanita muda di ladang sawit tersebut.

Tambahnya, wanita muda dikenali sebagai PA disyaki mempunyai hubungan sulit dengan mangsa. Mangsa berjanji untuk melangsaikan hutang PA dan memberi wang jika PA setuju untuk berasmara dengannya seperti suami isteri.

Mereka kemudiannya bertemu di ladang tersebut. Mangsa didakwa kejang dan sesak nafas ketika berhubungan intim sebelum badan mangsa jatuh ke atas PA.

PA panik lalu menolak badan mangsa yang berat di bahagian leher sehingga menghalang saluran pernafasan. Mangsa jatuh ke tanah dan kaku tak bergerak.

Sebelum meninggalkan tempat itu, wanita itu sempat ambil telefon dan memadam perbualan di antara mereka.

Wanita itu kemudian meminta bantuan daripada abangnya dengan niat mahu menghilangkan barang bukti. Mereka kembali ke ladang itu, namun teman wanita abangnya bertindak mencuri motosikal mangsa.

Setakat ini, polis telah menahan tiga orang suspek untuk membantu siasatan lanjut.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas