Connect with us

Oh! Media

Warga Asing Patahkan Pengelap Cermin Kereta Di Batu Pahat Sudah Ditahan Polis

Ohmedia photo 6102530555292794657 y

Oh! Tidak

Warga Asing Patahkan Pengelap Cermin Kereta Di Batu Pahat Sudah Ditahan Polis

Seorang lelaki warga asing yang tular kerana mematahkan pengelap cermin belakang beberapa buah kereta di Batu Pahat telah ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani memaklumkan bahawa suspek, seorang lelaki berusia 25 tahun telah ditahan oleh anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

Siasatan dilakukan mendapati video tular memaparkan seorang lelaki sedang mematahkan pengelap cermin belakang kenderaan yang sedang di parkir itu berlaku berhampiran Terminal Bas Batu Pahat, sekitar jam 3.30 petang pada Ahad.

Dalam pemeriksaan lanjut, pihak polis turut menemui sebilah pisau lipat yang disimpan dalam beg sandang milik suspek. Penemuan ini membuktikan niat jahat suspek yang bukan sahaja merosakkan harta benda awam tetapi turut membawa senjata berbahaya.

IKLAN

Suspek kini disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat. Tambahan pula, dia juga disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana memiliki senjata berbahaya di tempat awam.

Ohmedia photo 6102530555292794657 y

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Sinar Harian

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas