Connect with us

Oh! Media

Wanita Terjah Majlis Nikah Bekas Suami, Serah Saman Nafkah Tertunggak Depan Muka

Ohmedia nafkah Anak

Oh! Tidak

Wanita Terjah Majlis Nikah Bekas Suami, Serah Saman Nafkah Tertunggak Depan Muka

Ibu tunggal, Nurin Alisa, tular selepas menerjah majlis nikah bekas suami di masjid.

Sejak tahun 2024, seorang wanita dikenali sebagai Nurin Alisa naik turun mahkamah untuk memperjuangkan nafkah anak yang diabaikan bekas suami.

Dakwa wanita ini, nafkah anak belum selesai disebabkan bekas suami tidak hadir ke mahkamah tanpa sebab munasabah.

Nafkah anak tertunggak tapi boleh kahwin baru

Terbaru, wanita ini berkongsi video terjah bekas suaminya di masjid ketika majlis akad nikah. Ketika itu, kelihatan bekas suaminya dan bakal isteri memakai baju pengantin serba putih.

IKLAN
@bullisa

Replying to @cloud9 DONE TERJAH MAJLIS KAHWIN DEDUA EKOR NI. ALLAH ADA!!!! KAU TETIBA KAHWIN, ALLAH ADA HANTAR ORG UTK BISIK KT AKU.

♬ suara asli – ruuun67 – .

Wanita ini menegaskan tiada lagi alasan tidak menerima surat mahkamah kerana dia sendiri telah menyerahkan surat tersebut kepada bekas suami.

Dia secara lantang meminta bekas suami tanda tangan surat terima dan mengingatkannya berkenaan tarikh prosiding yang akan datang.

Ada sebab bawa anak terjah bekas suami

Dalam keadaan sebak dan beremosi, Nurin yang sudah lama menahan sabar dilihat menzahirkan doa agar bekas suaminya menerima balasan setimpal atas penganiayaan yang dilakukan terhadap dirinya dan anak-anak.

Nurin sebelum ini mendakwa bekas suaminya enggan memberi kerjasama dalam urusan hutang mas kahwin, iddah serta nafkah dua orang anak mereka.

Pssttt! Tindakan Nurin ini mungkin lahir daripada rasa kecewa dan terdesak selepas berulang kali tidak mendapat keadilan. Apa pun, semoga urusan wanita ini dipermudahkan dan keadilan dapat ditegakkan buat dirinya serta anak-anak.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas