Connect with us

Oh! Media

wanita

Oh! Tidak

Wanita Mengamuk Gara-Gara Pemandu Bas MRT Tak Buka Pintu Ketika Berhenti

Baru-baru ini, tular di platform X mengenai satu rakaman video yang memaparkan seorang wanita yang dilihat mengamuk terhadap pemandu bas MRT di Kuala Lumpur.

Menerusi video berkenaan, wanita berkenaan berang kerana pemandu bas tidak membuka pintu walaupun kenderaan awam itu berhenti untuk mengambil penumpang mengikut jadual yang ditetapkan.

IKLAN

Aku record tadi waktu kau berhenti lama-lama tepi jalan tu. Saya scan to ride, just because I use public transport, korang buat tepi-tepi jalan macam ni? Korang rendahkan public transport macam ni ke.

Dalam pada itu, pemandu bas berkenaan dalam keadaan tenang memaklumkan kepada wanita tersebut dia hanya mengikut jadual yang ditetapkan.

Masih lagi tidak berpuas hati dengan jawapan pemandu itu, wanita tersebut berkeras meminta nombor telefon pelayan pelanggan dan menggertak untuk membuat panggilan kepada pihak atasan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menganggap wanita berkenaan sebagai keterlaluan dan ramai yang memihak kepada pemandu tersebut.

wanita

wanita

wanita

BACA: Bayar RM15 Atau Kereta Kena Calar! Wanita Dedah Perbuatan Melampau ‘Ulat Parking’ Di Bukit Bintang

Terdahulu, seorang wanita mengadu keretanya dicalar individu dipercayai ‘ulat parking’ kerana enggan membayar RM15 caj parkir yang dikenakan.

Kredit: Platform X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Senang betul eh buat bisnes sekarang ? Macam tu je dia tiru produk orang sebijik dan jual🤔. Nasib baik lah Khairul Aming dah ambil tindakan. OhTrending khairulaming sambalnyetberapi tiruan

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

  • wanita
  • wanita

Hai semua! Saya penulis separuh masa di Oh! Media berkaitan isu-isu trending dan hiburan.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas