Connect with us

Oh! Media

Wanita Ini Tampil Cerita Alasan Mengapa Bendera Malaysia Dikibarkan Bersama Bendera…

bendera malaysia

Trending

Wanita Ini Tampil Cerita Alasan Mengapa Bendera Malaysia Dikibarkan Bersama Bendera…

Isu mengaitkan Malaysia dan juga negara tak wujud, Israel ketika ini agak kecoh dan sekarang tersebar pula video lama yang menunjukkan bendera Malaysia dan Israel dikibarkan bersama di atas tiang sebuah bot.

ADVERTISEMENT

Video tanpa maklumat jelas ini digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk menimbulkan provokasi.

Bagaimanapun, seorang wanita melalui perkongsiannya di Facebook Sateerah Hasan mengakui pernah berada di atas kapal berkenaan. Dia juga mengakui memang benar bendera Malaysia dan Israel dikibarkan bersama tetapi ada cerita mengapa itu berlaku.

Katanya, ketika itu dia menziarahi BaitulMaqdis pada tahun 2018 dan mereka telah ditawarkan untuk membuat lawatan ke Tel Aviv dengan bayaran tambahan. Mereka kemudian mengambil peluang itu untuk melawat Sea Of Galilie dengan seorang pengusaha kapal yang juga merupakan rakyat Israel.

Pengusaha kapal simpan bendera satu dunia

Pengusaha kapal disana terdiri dari rakyat Israel dan dalam kapal tu ada bendera satu dunia yang mereka akan pasangkan untuk tour group yang naik kapal mereka, tak kisah lah dari negara mana sekali pun. Pekerja-pekerja mereka ada juga kalangan rakyat Palestin yang mencari rezeki di sana.

Caprice turut ulas isu ini dan mempersoalkan “Adakah tujuan mereka nak start normalize hubungan tersebut?”

Sejauh mana kebenaran perkara ini masih tidak dapat dipastikan.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas