Connect with us

Oh! Media

Wanita Ini Bakar Rumah Kawan Gara-Gara Bengang Tak Dapat Cari Boyfriend

bakar rumah

Trending

Wanita Ini Bakar Rumah Kawan Gara-Gara Bengang Tak Dapat Cari Boyfriend

Kejadian di daerah Bang Lamung, Thailand, seorang wanita didakwa membakar rumah kawan kekasihnya kerana bengang rakannya itu tidak memberitahu di mana kekasihnya berada.

ADVERTISEMENT

BACA: Biawak Hidup Makin Banyak! Isteri Jadi Hamba Lepas Suami Sweden Kahwini Wanita Melayu Di Langkawi

Menerusi laporan Kosmo, Parichat Yongpanya yang merupakan mangsa kejadian bersama dua anak perempuannya sedang tidur di dalam rumah semasa kejadian.

Bawa petrol datang rumah

bakar rumah

Wanita tersebut didakwa telah masuk ke dalam rumah sambil membawa sebotol petrol dan cuba menghubungi teman lelakinya tetapi tidak dijawab.

Apabila dia tak dapat menghubungi kekasihnya, mungkin dia berasa bengang dan kecewa sehingga membakar rumah Parichat.

Parichat pada waktu itu sempat menyelamatkan diri dan anaknya serta tiada sebarang kecederaan berlaku. Suspek juga sempat melarikan diri.

Parichat juga mengaku bahawa lelaki yang dicari suspek memang selalu ke rumahnya namun pada hari kejadian, lelaki itu tidak datang ke rumahnya.

Polis masih menyiasat kejadian ini dan mahu menahan suspek untuk memfailkan pertuduhan.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas