Connect with us

Oh! Media

Wanita Hilang Sejak 6 Hari Lepas, Hanya Kenderaan Ditemui di Jalan Ampang!

Untitled Design   3

Oh! Tidak

Wanita Hilang Sejak 6 Hari Lepas, Hanya Kenderaan Ditemui di Jalan Ampang!

Seorang wanita, Junaida Abdul Rahim yang berusia 42 tahun yang juga merupakan pemilik sebuah agensi insurans dilaporkan hilang sejak enam hari lepas selepas keluar dari rumah sewanya di Seksyen 17, Shah Alam.

Menurut laporan Kosmo, laporan itu telah dibuat kakaknya sendiri pada jam 12.58 pagi semalam. 

Mangsa dikatakan meninggalkan rumah menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton sekitar jam 11 pagi pada hari kejadian dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim.

IKLAN

Wanita itu masih belum dapat dihubungi dan tidak pulang ke rumah sehingga ke hari ini.

Kenderaan wanita ditemui tapi mangsa masih belum dijumpai

Img 3935

Kenderaan milik mangsa dikatakan telah ditemui di tepi Jalan Ampang berhampiran sebuah kondominium.

Siasatan mendapati tiada berlaku perselisihan faham antara wanita dan rakan serumahnya.

Bukan tu jer, polis juga telah menerima dua lagi laporan kehilangan daripada rakan sekerja dan rakan serumah Junaida.

Setakat ini, kes ini diklasifikasikan sebagai Orang Hilang, dan pihak polis sedang giat menjalankan siasatan untuk mencari petunjuk baharu.

#OhmediaNasihat

Kehilangan orang tersayang adalah situasi yang menyayat hati. Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan kita sentiasa memaklumkan pergerakan kepada ahli keluarga atau rakan rapat.

Jika ada sebarang situasi mencurigakan, jangan teragak-agak untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa. Ingat, keprihatinan kita boleh menyelamatkan nyawa orang lain.

Untitled Design   3

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Kosmo


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas