Connect with us

Oh! Media

Wanita hilang Junaidah

Oh! Tidak

Wanita Hilang Sejak 6 Hari Lepas Akhirnya Ditemukan Selamat!

Sebelum ini kami melaporkan yang seorang wanita, Junaida Abdul Rahim berusia 42 tahun yang juga merupakan pemilik sebuah agensi insurans dilaporkan hilang sejak enam hari lepas selepas keluar dari rumah sewanya di Seksyen 17, Shah Alam.

Laporan polis juga telah dibuat kakaknya sendiri pada jam 12.58 pagi semalam. 

IKLAN

Wanita itu telah ditemui selamat

Wanita hilang, Junaidah

Terbaru! Menurut laporan Harian Metro, Junaida telahpun ditemukan selamat di Kuantan, Pahang dan perkara ini disahkan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim.

Ya betul (sudah ditemukan).. lewat malam tadi. Ahli keluarga maklum dia (Junaida) berada di Kuantan.

Hari ini dia (Junaida) akan balik ke Shah Alam untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat untuk diambil keterangan,

Terdapat juga satu mesej yang tular di WhatsApp dalam Bahasa Inggeris yang memaklumkan Junaida selamat ditemukan. 

Terima kasih kerana menghubungi dan menyatakan kebimbangan anda. Kami berasa lega dia selamat.

Kami tidak boleh berkongsi butiran lanjut kerana menghormatinya semua pihak.

Kami amat menghargai keprihatinan, doa dan sokongan anda pada masa ini. Kami memohon maaf atas sebarang kekeliruan,”

5 hari hilang tanpa khabar berita

Terdahulu, mangsa dikatakan meninggalkan rumah menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton sekitar jam 11 pagi pada hari kejadian.

Kenderaan milik mangsa juga dikatakan telah ditemui di tepi Jalan Ampang berhampiran sebuah kondominium kelmarin.

Wanita hilang Junaidah

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas