Connect with us

Oh! Media

Wanita Ditunjal Kepala Akui Trauma Dan Bawa Kereta Dalam Keadaan Menggigil

wanita ditunjal

Oh! Tidak

Wanita Ditunjal Kepala Akui Trauma Dan Bawa Kereta Dalam Keadaan Menggigil

Pemandu wanita ditunjal kepala dengan seorang lelaki berbaju merah tampil menjelaskan apa yang berlaku kepada pihak polis. Kejadian yang berlaku di sebuah jalan Cameron Highlands menghala ke Tapah, Perak itu menjadi viral selepas tersebar video yang dirakam rakan mangsa.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kami Nyaris Masuk Gaung” – Lelaki Baju Merah Tunjal Kepala Pemandu Wanita Pertahankan Diri

Dalam perkongsian Ohmedia sebelum ini, lelaki berbaju merah itu dan beberapa orang saksi lain mendakwa pemandu wanita ini cuba memotong di kawasan selekoh tajam dan membahayakan pengguna jalan raya lain.

Lelaki baju merah dakwa dia marah sebab boleh bahayakan anaknya umur 2 tahun dan isteri yang hamil 8 bulan…

Dalam laporan polis lelaki baju merah ini, dia memaklumkan hanya mengetahui rakaman tersebar menerusi makluman pihak keluarga. Bagaimanapun, dia berasa terkilan kerana video yang tersebar tidak menunjukkan kejadian sebenar.

Pemandu wanita tidak mahu komen apa-apa tentang dakwaan saksi kereta hampir masuk gaung…

Dalam perkongsian lain, pemandu wanita yang dikenali sebagai Mieya akui trauma dan memandu dalam keadaan menggigil selepas kejadian. Disebabkan adik lelakinya masih bersekolah menengah, dia terpaksa meneruskan pemanduan hingga sampai ke rumah.

Pasal saksi cakap kereta hampir masuk curam, saya tak boleh komen. Saya dah ceritakan semuanya yang berlaku kepada pihak polis. Biar mereka siasat.

Ketika itu, tiada kemalangan pun berlaku. Cuma kereta saya tak ada dashcam. Rakaman itu saja bukti yang saya ada.

Apa yang boleh saya katakan, kalau boleh biarlah sama-sama give and take. Kita pun tahu jalan Tapah-Cameron Highland macam mana. Kalau tak boleh beri kerjasama, jangan salahkan orang pula.

Lelaki baju merah kini sedang ditahan reman selama tiga hari hingga Jumaat dan pihak polis sedang jalankan siasatan.

Kredit: Astro Awani

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas