Oh! Tidak
Wanita Bakar Motosikal Anak Akibat 20 Bulan Tunggakan Bayaran Sudah Ditahan Polis
Tular di media sosial, satu rakaman video memaparkan seorang wanita bertindak membakar motosikal jenis Honda RSX di Jalan Masjid Pokok Assam, Taiping.
Kejadian itu berlaku pada pukul 4.27 petang, di mana wanita berusia 40-an tersebut dilihat menyimbah petrol ke atas motosikal milik anaknya sebelum menyalakan api.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail, mengesahkan bahawa wanita itu telah ditahan di pekarangan Balai Polis Pokok Assam pada pukul 7.30 malam, hari yang sama kejadian berlaku.
Motif bakar disebabkan tunggakan ansuran bulanan motosikal…

Menurut siasatan awal, motif kejadian adalah rasa tidak puas hati terhadap tindakan ejen penarik kenderaan yang hadir untuk menarik motosikal tersebut akibat tunggakan bayaran selama 20 bulan.
Suspek tidak berpuas hati sehingga bertindak membakar motosikal berkenaan. Siasatan lanjut dilakukan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan.- Kata Mohamad Nasir dalam satu kenyataan.
Makan diri! Tindakan undang-undang diteruskan

Pihak polis telah membawa suspek ke mahkamah untuk permohonan reman bagi membantu siasatan.
Rakaman video berdurasi 1 minit 43 saat itu telah menimbulkan pelbagai reaksi netizen, yang rata-rata meluahkan rasa terkejut dan kesal dengan tindakan tersebut.
#OhmediaNasihat
Perkara seperti ini seharusnya dijadikan pengajaran buat kita semua. Jika menghadapi masalah kewangan, berbincanglah secara baik dengan pihak terlibat untuk mencari penyelesaian. Tindakan emosional seperti ini hanya akan memudaratkan diri dan keluarga.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Malaysia Gazette
