Connect with us

Oh! Media

Wang Milik Isteri Addy Kana, Syarikatnya Kini Milik Kerajaan

Wang milik isteri Addy Kana, kini milik kerajaan

Trending

Wang Milik Isteri Addy Kana, Syarikatnya Kini Milik Kerajaan

Lebih RM400,000 wang milik isteri kepada ‘Datuk Addy Kana’, Alyaa Syuhaila Mohamad Shariff kini menjadi milik keraajan.

ADVERTISEMENT

BACA: “Saya Tidak Pernah Berhutang, Syukur Perniagaan Masih Stabil” – Mawar Karim

Menurut BERNAMA, wang berjumlah RM353,723.81 dan wang RM75,846.82 milik syarikatnya, Nine Nine International yang didakwa diperoleh melalui hasil daripada aktiviti haram.

Wang itu dilucut hak kepada pihak kerajaan selepas diperintahkan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nik Haslinie Hashim selaku pemohon memaklumkan bahawa Alyaa Syuhaila sebagai responden bersetuju harta tersebut diserahkan kepada kerajaan.

Pihak responden telah menghantar representasi pada 26 Nov 2021 dan representasi tersebut telah diterima oleh pihak pemohon (SPRM). Responden bersetuju item-item dalam permohonan (pemohon) dilucut hak.

Saya mohon agar permohonan pemohon untuk melucut hak wang milik Alyaa Syuhaila berjumlah RM353,723.81 yang berada di dalam lima akaun banknya dan wang RM75,846.82 milik Nine Nine International dibenarkan

Menurut Nur Fatin Najwa Ahmad Zainol, peguam yang mewakili Alyaa Syuhaila berkata, anak guamnya itu bersetuju untuk item-item tersebut diserahkan kepada kerajaan.

Sebelum ini ‘Datuk Addy Kana’ disyaki terlibat dengan aktiviti haram iaitu perjudian secara dalam talian dan dagangan mata wang kripto tanpa lesen sah.

Kredit: BERNAMA

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas