Connect with us

Oh! Media

“Saya Tidak Pernah Berhutang, Syukur Perniagaan Masih Stabil” – Mawar Karim

mawar karim hutang

Trending

“Saya Tidak Pernah Berhutang, Syukur Perniagaan Masih Stabil” – Mawar Karim

Sebelum ini kecoh dakwaan ahli perniagaan, Mawar Karim berdepan tindakan bankrap kerana dikatakan gagal membayar pinjaman RM720,000 daripada seorang rakan.

ADVERTISEMENT

BACA: Isu Bankrap, Mawar Karim Dedah Individu Dengan Gelaran ‘S’ Cuba Untuk Malukan Dirinya?

Memetik laporan mStar, Mawar menegaskan dia tidak pernah berurusan dengan individu bernama Nabil Mat Jahya.

Saya tidak kenal plaintif dan tidak pernah berurusan dengan dia. Tuduhan yang dilemparkan adalah tidak benar.

Saya tidak pernah berhutang dan syukur perniagaan yang saya jalankan masih stabil.

Mawar yang ditemui pemberita ketika sesi sidang media di Kuala Lumpur berkata dia sendiri tak tahu bagaimana dakwaan itu boleh muncul. Mungkin ada pihak yang dengki atau nak sabotaj Mawar?

Emosi terganggu

Mengenai tuntutan yang dibuat plantif, Mawar sendiri tidak jelas dengan tuntutan itu kerana dia menerima makluman melalui kenyataan media plantif bukannya daripada mahkamah.

Jelas bekas isteri kepada Fizo Omar ini lagi, berita tidak benar itu telah membuatkan emosinya terganggu.

Saya hanya dapat tahu tentang kes ini melalui perkongsian di sosial media. Pastinya emosi saya terganggu apabila orang sekeliling mula bertanya.

Malah, ianya memberi kesan kepada keselamatan anak serta reputasinya sebagai seorang usahawan.

Dakwaan tak benar

mawar karim bankrap

Terdahulu, Mawar didakwa membuat pinjaman dengan seorang rakan bernama Nabil Mat Jahya berjumlah RM720,000 untuk tujuan modal perniagaan.

Mawar dikatakan gagal membuat bayaran balik pinjaman dalam tempoh tujuh bulan menyebabkan satu notis tuntutan telah dibuat.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas