Connect with us

Oh! Media

Viral Video Gaduh Guna Kayu Besbol, Polis Tahan 8 Individu Berebut Awek

Gaduha

Trending

Viral Video Gaduh Guna Kayu Besbol, Polis Tahan 8 Individu Berebut Awek

Tular di media sosial semalam rakaman video memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh bersenjatakan kayu besbol di sebuah restoran di Taman Ehsan Jaya, Klang Selangor.

BACA: Tular Video Sekumpulan Pelajar Bergaduh, Polis Sedang Kesan Punca Dan Siapa Yang Terlibat

Terbaru, Harian Metro melaporkan seramai lapan orang individu telah ditahan untuk membantu siasatan kes.

IKLAN

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, kesemua suspek berusia 14 hingga 21 tahun itu ditahan di kawasan Kapar dan Klang.

Berdasarkan siasatan awal yang dilakukan pihaknya, semua suspek mengaku terlibat dan kejadian dipercayai berpunca daripada perebutan teman wanita yang merupakan pelajar sekolah.

Semakan rekod ke atas kesemua suspek mendapati dua daripada mereka ada pelbagai rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah.

Polis tidak menolak kemungkinan terdapat pengaruh dan unsur kongsi gelap kerana ada rakan mangsa serta suspek terdiri daripada lepasan sekolah.

Suspek kini disiasat mengikut Seksyen 148/326 Kanun Keseksaan.

Kredit: Harian Metro | Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas