Trending
Tular Video Sekumpulan Pelajar Bergaduh, Polis Sedang Kesan Punca Dan Siapa Yang Terlibat
Tular satu video di media sosial yang menunjukkan sekumpulan pelajar sekolah bergaduh semalam. Korang tengok tak video tu?
BACA : Mangsa Buntu Rumah Tiba-Tiba Kena Dua Das Tembakan Senapang Angin
Menurut laporan Harian Metro, kejadian tersebut dipercayai berlaku pada petang semalam di sebuah sekolah di Sandakan, Sabah dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek.
Polis kini sedang mengenal pasti pelajar yang terlibat dan punca berlakunya pergaduhan itu.
Pihak polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 47 Kanun Keseksaan.
Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan hal ini diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat kes itu iaitu Insp Micheal Goh menerusi talian di 016-8741216 atau 089-203223 atau hadir ke balai polis terdekat.
Kenapalah agaknya mereka bergaduh tu? Semoga perkara sebegini dijauhkan dari anak-anak kita semua. Takut tengok!
Kredit: Harian Metro | Daily Express Online
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM