Connect with us

Oh! Media

(Video) Wanita Marah Tandas Pam Minyak Tak Ada Air, Minta Refund RM6.20 Beli Air Botol Buat ‘Cebok’

Tandas Shell

Oh! Tidak

(Video) Wanita Marah Tandas Pam Minyak Tak Ada Air, Minta Refund RM6.20 Beli Air Botol Buat ‘Cebok’

Tular di media sosial rakaman video memaparkan seorang wanita naik angin gara-gara tandas pam minyak tak ada air.

Menerusi video, wanita tersebut dikatakan tiba-tiba sakit perut di dalam kereta dan singgah ke sebuah stesen minyak.

Selesai melepaskan ‘hajat’, dia sedari air tak ada membuatkan dia terpaksa meminta tolong pengguna tandas di pintu sebelah untuk memanggil suaminya di dalam kereta.

IKLAN

Difahamkan, dua botol air mineral dibeli untuk tujuan membersihkan apa yang perlu. Dia yang tak berpuas hati terus ke kaunter untuk memaklumkan mengenai hal itu dan meminta wang pembelian air mineral sebanyak RM6.20 diganti semula.

Kekecohan berlaku apabila dia dan cashier bertengkar mulut. Wanita ini sempat menasihati cashier supaya memeriksa air di tandas, namun cashier menjerit menjawab dia terlalu sibuk dengan pelanggan sehingga tak dapat rehat.

Tandas Shell Tak Ada Air

Cashier juga dilihat bimbang nilai jualan pada hari tersebut ‘short’ disebabkan kes tandas itu.

Bukan masalah saya kalau hang (pekerja) tak rehat. Seseorang kena la jaga tandas tu. Nak kena panggil pula orang sebelah. Ha orang sebelah boleh tak tolong beritahu kereta Myvi warna biru RS suruh beli air sebab toilet ni tak ada air.

Masih tak berpuas hati, wanita ini mahu berjumpa dengan pengurus namun permintaannya tak dilayan. Katanya lagi, pekerja di kaunter itu langsung tak minta maaf dan buat ‘bodoh’.

Tandas Shell

Perkongsian yang dimuat naik sendiri oleh empunya badan difahamkan telah dipadam. Namun ianya telah dikongsi semula oleh pengguna media sosial yang lain.

Kredit: Twitter Oh!Media, TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas