Connect with us

Oh! Media

(Video) Lelaki Pelawa Hantar Pulang, Murid Sekolah Terselamat Dari Jadi Mangsa Culik

D7afb554 3c5d 4cff 8797 aaf6ac22cc23

Trending

(Video) Lelaki Pelawa Hantar Pulang, Murid Sekolah Terselamat Dari Jadi Mangsa Culik

Seorang murid sekolah agama yang berusia tujuh tahun terselamat daripada menjadi mangsa culik seorang lelaki semalam.

BACA : Tular Video Lelaki Nak Masuk Kereta Ditembak Dengan Jarak Kurang 1 Meter

Menurut laporan Utusan TV, hal ini disedari orang awam yang melihat tingkah laku lelaki tersebut yang mencurigakan dan ianya berlaku di Taman Kota Masai, Johor.

IKLAN
@utusantvofficial Tahniah orang awam pantas bertindak. Kejadian 11 MEI 2022 | 11.30 pagi. #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #fyp ♬ original sound – UtusanTV

Orang awam yang ketika itu dalam perjalanan ke Sekolah Agama Taman Scientex itu telah menahan suspek yang dalam lingkungan 20-an dan perkara ini dikatakan sendiri  Ketua Polis Johor, Komisioner Datuk Kamarul Zaman Mamat. 

Suspek pemegang kad orang kurang upaya (OKU), pesakit mental telah ditahan polis.

Siasatan awal mendapati suspek telah mempelawa mangsa untuk menghantar balik ke rumah dengan menaiki motosikal.

Sepasukan anggota yang tiba ke lokasi telah menahan suspek dan merampas motosikal yang digunakannya.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methaphetamine dan dikehendaki di bawah kesalahan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Patutlah pun.. Sentiasalah pantau anak-anak dan semoga perkara sebegini dijauhkan dari kita semua. Nasiblah ada orang perasan!

Kredit: Utusan TV

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas