Connect with us

Oh! Media

(Video) “Kos Padang Bola RM10 Juta Adalah Penipu!” – Tunku Mahkota Johor

padang bola

Trending

(Video) “Kos Padang Bola RM10 Juta Adalah Penipu!” – Tunku Mahkota Johor

Semalam ketika sidang media di majlis pelancaran lagu tema baru JDT, ‘Pioneers’, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, TMJ menjawab satu soalan panas dari wartawan yang bertanya tentang “Benarkah kos padang bola mencecah RM10 juta?”.

ADVERTISEMENT

BACA: Snoop Dogg Pakai Baju Jersey Kelab JDT Muncul Dalam Lagu ‘Pioneers’

TMJ kemudian mendedahkan harga sebenar pemasangan rumput jenis Zeon Zoysia yang sama seperti digunakan stadium JDT dan bakal digunakan juga di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kos tak sampai RM1 juta!

Awak bayangkan, sesiapa saja di sini yang memberitahu kos buat padang bola adalah RM7 juta hingga RM10 juta adalah penipu, cerita karut.

Awak rasa berapa saya bagi dia? Tak sampai RM1 juta, RM900,000 lebih sahaja. Saya selamatkan duit rakyat dan duit kerajaan sekurang-kurangnya RM10 juta. Ini duit rakyat, bukan itu sahaja, penyelenggaraan hanya RM200,000 (lebih kurang) setahun.

Jangan main-main dengan duit rakyat

Saya tahu ramai orang agak sedih kerana dedahkan nilai ini. Ini duit rakyat, jangan main-main dengan duit rakyat.”

TMJ turut memaklumkan kos ini murah kerana stadium itu sudah mempunyai sistem perparitan yang bagus dan hanya perlu menukar jenis padang sahaja. Jika tambah kos perparitan, ia hanya kos hanya bertambah sekitar RM400,000 sahaja. Oleh itu, amat tidak masuk akal jika kos boleh mencecah RM10 juta.

@malique077 Hadamkan#videoviral #jdt #tmj ♬ original sound – Malique01

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas