Connect with us

Oh! Media

(Video) Konvoi VIP Punca Jalan Sesak Kena Hon Dengan Geng Motor

Trending

(Video) Konvoi VIP Punca Jalan Sesak Kena Hon Dengan Geng Motor

Sewaktu memandu atau menunggang motosikal, korang pernah tak secara tiba-tiba berdepan dengan kesesakan lalu lintas yang tidak tahu apa puncanya.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Dua Kenderaan Terlibat Kemalangan Selepas Ditahan Polis Untuk Beri Laluan Kepada ‘VIP’

Tunggu punya tunggu, rupanya laluan yang tengah sesak dengan kenderaan tu adalah untuk memberi laluan kepada konvoi VIP yang akan lalui jalan tersebut.

Apa perasaan korang bila berdepan dengan situasi macam ni?

Konvoi VIP punca jalan sesak kena hon dengan geng motor

Tular di TikTok satu video yang dimuat naik seorang pengguna dikenali sebagai yuzzy memaparkan keadaan beberapa buah motosikal dan kenderaan yang dihalang untuk meneruskan perjalanan oleh anggota polis dan trafik yang bertugas.

@anakayamkaki2

nak balik pon susah . vip , menteri , orang orang besar nak lalu pastu susah kan orang lain

♬ original sound – yuzzry

Difahamkan, pergerakan mereka terhalang adalah kerana ingin memberi laluan kepada konvoi seorang VIP yang ingin melalui jalan tersebut.

Tidak berdiam diri, beberapa orang penunggang motosikal bertindak membunyikan hon mereka sebagai tanda protes mereka terhadap situasi itu.

Mesti mereka fikir konvoi mereka disambut dengan hon

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa geram terhadap situasi itu dan menyokong tindakan geng motor yang membunyikan hon tersebut.

Rasanya perkara macamni seeloknya dielakkan. Apa salahnya golongan kenamaan ikut sama hadap kesesakan lalu lintas dengan pengguna jalan raya yang lain. Barulah berjiwa rakyat. Betul tak?

Kredit: TikTok anakayamkaki2

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas