Connect with us

Oh! Media

(Video) Kanak-Kanak Terjatuh Dari Kereta Ketika ‘U-Turn’ Bikin Netizen Seriau

Oh! Tidak

(Video) Kanak-Kanak Terjatuh Dari Kereta Ketika ‘U-Turn’ Bikin Netizen Seriau

Apabila kita membawa anak kecil ketika memandu, seeloknya penggunaan ‘car seat’ serta tali pinggang keledar haruslah dititikberatkan bagi memastikan keselamatan mereka terjamin sepanjang perjalanan.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Kanak-Kanak Jatuh Dari Jejambat Selepas Tercampak Keluar Daripada Kereta

Anak kecil jatuh kereta ketika ‘U-turn’

Baru-baru ini tular satu video ciapan dimuat naik Malaysia Most Viral di Twitter memaparkan rakaman ‘dashcam’ yang menunjukkan satu keadaan yang bikin seriau dalam kalangan warganet.

Menerusi rakaman ‘dashcam’ itu, dapat dilihat sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi berwarna hitam sedang membuat pusingan ‘U-turn’.

Apa yang mengejutkan warganet ialah, dengan secara tiba-tiba seorang kanak-kanak dilihat terjatuh keluar dari kenderaan tersebut sebelum tercicir di atas jalan.

Melihat kejadian itu, orang ramai yang berada di tempat kejadian pantas membantu kanak-kanak kecil yang sedang menangis kesakitan itu.

Mujur tak kena gilis

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen seriau melihat video rakaman ‘dashcam’ itu serta ada yang meninggalkan komen bahawa penggunaan ‘car seat’ serta tali pinggang keledar itu sangat penting bagi menjamin keselamatan anak-anak.

Apa-apa pun syukur, tiada kecederaan yang teruk berlaku terhadap kanak-kanak itu. Diharapkan ibu bapa lebih peka dan berwaspada bila membawa anak kecil bersama ketika memandu.

Kredit: Twitter Malaysia Most Viral

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas