Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Fenomena Hujan Batu Di Rantau Panjang, Penduduk Teruja Kongsi Pengalaman

Trending

(VIDEO) Fenomena Hujan Batu Di Rantau Panjang, Penduduk Teruja Kongsi Pengalaman

Baru-baru ini berlakunya suatu fenomena yang jarang berlaku di negara ini apabila penduduk di Rantau Panjang, Kelantan, digemparkan dengan kejadian hujan batu yang melanda sekitar daerah ini.

ADVERTISEMENT

Fenomena hujan batu berkenaan turut dipercayai berlaku di beberapa kawasan di Rantau Panjang seperti Kampung Lubok Gong, Kampung Gual Periok dan Kampung Gual Sintok.

Berkongsi berkenaan fenomena yang berlaku itu, seorang penduduk kampung Gual Sintok, Rantau Panjang, bernama Muhamad Zalani Che Awang, 42, telah berkongsikan hantaran di laman Facebooknya menceritakan keterujaannya berdepan dengan fenomena itu.

Menurut laporan Harian Metro, Zalani merupakan salah satu penduduk yang menyaksikan kejadian hujan batu yang turun selama 15 minit di kampungnya sekitar 4.15 petang, hari ini.

Baru semalam saya berkongsi di media sosial mengenai fenomena hujan batu di Tanah Merah, tidak sangka hari ini ia terjadi di kampung sendiri.

Dia juga turut berkata, fenomena itu merupakan pengalaman pertama buat dirinya selain mengakui teruja dan tidak melepaskan peluang menadah ketulan hujan berkenaan untuk ditunjukkan kepada anak-anak.

Menceritakan pengalaman itu, dia dan isterinya, Basmah Mohd Noor, 42, merancang untuk turun ke kebun yang terletak di sebelah rumah untuk memetik manggis dan rambutan sebelum berhenti rehat kerana melihat keadaan cuaca yang mendung.

Ketika kami sedang berehat, kami sekeluarga dikejutkan dengan bunyi yang kuat pada atap rumah sebelum keluar melihat air hujan dan ketulan ais membanjiri kediaman kami.

Saya turut merakam kejadian itu serta mengambil gambar untuk dijadikan kenangan.

Sumber: Facebook Zalani

Video yang dimuat naik ke laman Facebook itu bagaimanapun berjaya mendapat perhatian daripada orang ramai yang turut berasa teruja melihat fenomena itu.

Kredit: Harian Metro I Facebook Zalani

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas