Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Disamun ‘Rider’, Tindakan Lelaki Ini Terima Pujian Netizen

Trending

(VIDEO) Disamun ‘Rider’, Tindakan Lelaki Ini Terima Pujian Netizen

Di musim pandemik ini, kesusahan yang ditempuh masyarakat telah memaksa mereka untuk melakukan sebarang pekerjaan demi menyara keluarga mereka.

ADVERTISEMENT

BACA: Dua Anggota Polis Ditangkap Terlibat Kes Samun Di Kedai Serbaneka

Tidak kiralah pekerjaan halal atau sebaliknya, mereka dilihat sanggup melakukan apa sahaja asalkan mampu meneruskan kelangsungan hidup.

Perkara itu turut memaksa beberapa individu melakukan kegiatan jenayah seperti mencuri atau meragut oleh kerana terdesak pada waktu sekarang.

Disamun oleh rider

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang lelaki yang merupakan pemilik bengkel motosikal berkongsikan detik bagaimana dia disamun.

Menerusi video yang dikongsikan pada laman Facebook milik SG Motor Sport Enterprise, lelaki itu mengatakan bahawa dia telah disamun ketika dalam perjalan menuju ke bengkelnya oleh seorang rider Grab yang bertindak mencuri rantai kesayangannya.

Masa saya nak keluar dari traffic light Tun Teja, dia tarik rantai saya.

Walaubagaimanapun, dia gagal mengejar individu tersebut yang menaiki motosikal jenis LC yang dilihat lebih laju daripada motosikalnya iaitu jenis EX5.

Loket kesayangan dicuri

Dalam video yang dikongsikan itu, dapat dilihat betapa kecewanya lelaki tersebut yang menangis oleh sebab rantai loket kesayangannya itu telah dicuri.

Dia turut mendedahkan bahawa loket tersebut merupakan hadiah daripada kakaknya sebagai tanda kenangan buat dirinya.

Namun, dia turut bersikap profesional dengan tidak mendedahkan individu tersebut walaupun rakaman kamera litar tertutup (CCTV) telah berjaya ditemui di kawasan berhampiran.

Katanya, dia tidak akan menyebarkan rakaman tersebut asalkan individu tersebut memulangkan kembali rantainya.

Dia juga turut menawarkan RM500 kepada rider tersebut sekiranya benar-benar terdesak memerlukan wang buat masa sekarang.

Sikap tenang dipuji netizen

Dalam tangisannya itu, netizen turut memuji tindakan lelaki itu yang tidak sedikit pun marah sebaliknya menawarkan pertolongan kepada rider tersebut.

Dia juga turut menjemput individu tersebut untuk datang ke kedainya tanpa perlu risau oleh kerana bengkel tersebut tiada sebarang CCTV.

Selain itu, lelaki tersebut turut berpesan agar rider tersebut tidak lagi melakukan kegiatan itu walaupun terdesak untuk mencari duit untuk menyara diri.

Setakat ini, video yang dikongsikan di laman Facebook itu telah mencapai lebih daripada 6,000 tanda suka serta seramai 960 telah meninggalkan komen.

Semoga rider tersebut segera insaf dan memulangkan rantai tersebut kepada pemiliknya. Kesian tengok lelaki itu yang merayu rantai tersebut segera dipulangkan.

Kredit : Facebook SG Motor Sport Enterprise

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas