Connect with us

Oh! Media

Dua Anggota Polis Ditangkap Terlibat Kes Samun Di Kedai Serbaneka

Trending

Dua Anggota Polis Ditangkap Terlibat Kes Samun Di Kedai Serbaneka

Apa pula yang terjadi ni? Seorang pekerja kedai serbaneka di SS6 Kelana Jaya telah membuat laporan polis bila ada dua orang anggota polis yang masuk ke dalam kedai dan mengambil barang tanpa lakukan sebarang bayaran.

ADVERTISEMENT

Pekerja terbabit memaklumkan, ada seorang wanita memakai vest polis dan mengambil barang di dalam kedai dan tidak mahu melakukan bayaran dengan alasan akan ada pegawai atasan yang datang untuk bayarkan dalam tempoh satu jam. Pegawai itu kemudiannya beredar menggunakan kereta peronda polis jenis Honda Civic.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faizal mengesahkan laporan ini dan memaklumkan polis sudah berjaya menahan dua anggota yang terlibat berusia 31 dan 38 tahun.

Hasil soal siasat membawa kepada penahanan dua lagi suspek termasuk seorang wanita masing-masing berusia 36 dan 27 tahun di kawasan Petaling Jaya, pada 8.30 malam hari sama. Semakan mendapati suspek wanita mempunyai lapan rekod jenayah lampau termasuk dadah manakala suspek lelaki mempunyai 13 rekod lampau. – Katanya.

Keempat-empat suspek termasuk dua anggota ditahan mengaku terlibat melakukan samun di kedai terbabit.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas