Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Beratur Tengah Panas, Seorang Lelaki Pengsan Ketika Tunggu Vaksin

Trending

(VIDEO) Beratur Tengah Panas, Seorang Lelaki Pengsan Ketika Tunggu Vaksin

Sejak akhir-akhir ini, jumlah jangkitan virus pandemik telah menunjukkan penurunan yang drastik dengan hanya 13,754 jangkitan dilaporkan pada hari ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Dua Lelaki Pengsan Di PPV, JKNS Tepis Dakwaan Disebabkan Vaksin

Setakat semalam, sejumlah 321,342 dos suntikan harian telah diberikan di seluruh negara menjadikan 81 peratus penerima vaksin bagi keseluruhan.

Data juga menunjukkan kadar kematian dalam kalangan individu yang menerima dos vaksin lengkap hanya 0.01 peratus iaitu sebanyak 1,400 kes.

Selain itu, pemberian vaksin kepada remaja juga telah diumumkan oleh kerajaan secara walk-in bermula Khamis sempena pembukaan sekolah tidak lama lagi.

Lelaki pengsan ketika beratur ambil vaksin

Namun disebalik pengambilan vaksin tersebut, terdapat juga kejadian yang tidak diduga semasa masyarakat beratur untuk menunggu giliran disuntik.

Seorang lelaki dikatakan pengsan ketika sedang beratur untuk masuk ke Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk menerima vaksin secara walk-in hari ini.

Video berdurasi 20 saat itu memaparkan individu berkenaan diangkat di atas pengunsung sebelum dimasukkan ke dalam sebuah ambulans oleh pasukan paramedik.

Menurut laporan Kosmo, individu yang pengsan itu bukan berpunca daripada disuntik vaksin, tetapi disebabkan berdiri di bawah panas terik.

Klip video yang tular itu bagaimanapun mendapat perhatian orang ramai oleh sebab individu yang beratur dilihat dibiarkan beratur panjang dalam suasana panas terik.

Menurut sumber, individu berusia 18 tahun hanya boleh menerima vaksin Pfizer dengan dewan tersebut merupakan antara Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Dalam hal itu, ibu bapa atau penjaga dikehendaki menemani anak masing-masing di samping perlu membawa surat tawaran dari Institusi Tinggi.

Berhubung perkara itu, netizen turut mengecam pihak PPV kerana tidak sistematik sehingga memaksa mereka beratur dalam keadaan panas terik.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas