Connect with us

Oh! Media

Dua Lelaki Pengsan Di PPV, JKNS Tepis Dakwaan Disebabkan Vaksin

Trending

Dua Lelaki Pengsan Di PPV, JKNS Tepis Dakwaan Disebabkan Vaksin

Angka jangkitan yang kian meningkat menyebabkan masyarakat digalakkan untuk mengambil sekurang-kurangnya dua dos suntikan vaksin.

ADVERTISEMENT

BACA: Individu Meroyan, Gagal Pujuk Staf PPV Untuk Dapatkan Sijil Vaksin Palsu

Ia merupakan saranan kerajaan bagi mengelakkan simptom yang lebih teruk berlaku serta mampu mengawal daripada wabak ini terus merebak.

Oleh itu, masyarakat perlu mengambil suntikan di pusat pemberian vaksin (PPV) berhampiran serta kerajaan turut menyediakan perkhidmatan Walk In bagi golongan tertentu.

Dua Individu pengsan selepas menerima vaksin

Namun, baru-baru, tular di media sosial berkenaan sebuah hantaran yang menyatakan terdapat dua individu yang didakwa pengsan selepas menerima suntikan di Sandakan.

Menerusi hantaran itu juga, terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa kedua-dua individu tersebut meninggal dunia sehingga mengemparkan orang ramai.

Dua individu yang pengsan selepas menerima suntikan di PPV Sandakan
(Sumber: Astro Awani)

JKNS tepis dakwaan netizen

Berhubung dengan perkara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) tampil menepis dakwaan yang tular di media sosial itu.

Menurut laporan Astro Awani, JKNS mengesahkan bahawa dua lelaki yang pengsan selepas menerima suntikan itu adalah berpunca daripada perut kosong.

Pengarahnya, Dr. Rose Nani Mudin berkata, situasi yang berlaku di PPV di Sandakan itu berlaku oleh sebab individu berkenaan tidak mengambil sebarang makanan sebelum menerima vaksin.

Tegasnya lagi, tuduhan yang mendakwa dua individu tersebut meninggal dunia selepas menerima suntikan adalah palsu dan tidak berasas.

Kedua-dua lelaki tersebut pengsan selama beberapa minit, tidak lama selepas menerima suntikan mereka, akibat kelaparan.

Menurutnya, kedua-dua individu itu kembali sedar dan menerima rawatan sebelum dibenarkan pulang.

Setelah kembali sedar, kedua-dua mereka kemudian diberikan pemerikaaan dan pemantauan kesihatan sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

Menjamah makanan sebelum suntikan

Dr Rose Nani turut berkata, beliau tidak mengalakkan bagi mana-mana penerima vaksin untuk hadir mendapatkan suntikan dalam keadaan perut kosong.

Hal ini kerana terdapat kemungkinan waktu menunggu itu boleh mengambil masa sehingga satu jam atau lebih bergantung kepada jumlah kehadiran waktu itu.

Oleh itu, pengambilan makanan sebelum menghadiri janji temu amatlah digalakkan agar perkara sedemikian tidak berlaku lagi pada masa akan datang.

Sementara itu, siasatan mendapati seorang daripada lelaki itu pengsan disebabkan belum mengisi perut sejak malam sebelum menerima suntikan.

Manakala bagi seorang lagi, dikatakan kali terakhir dia makan adalah pada waktu pagi sebelum menghadiri janji temu tersebut.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas