Connect with us

Oh! Media

(Video) Bapa Kesal Pengetua Pusat Asuhan Kasari Anak Autistik Hingga Cedera

autistik

Trending

(Video) Bapa Kesal Pengetua Pusat Asuhan Kasari Anak Autistik Hingga Cedera

Sering kali kita dengar kejadian melibat anak-anak kecil telah dicederakan oleh guru mahupun penjaga di pusat asuhan. Pusat asuhan kanak-kanak telah diberikan kepercayaan oleh ibu bapa untuk menjaga anak mereka tetapi sebaliknya berlaku.

ADVERTISEMENT

Kali ini ia berlaku di sebuah pusat asuhan Maikidzcare Center Bandar Baru Ampang, Selangor yang dilaporkan hanya menerima kanak-kanak autistik. Ibu bapa dan penjaga pastinya akan hantar anak autistik mereka ke sini kerana merasakan pusat ini mempunyai kemahiran untuk menjaga anak istimewa ini. Tapi sebaliknya berlaku.

Terkilan dan sangat marah

Seorang bapa yang dikenali sebagai Tengku Aminuddin Shafiq telah meluah perasaan terkilan dan marahnya terhadap pusat jagaan Maikidcare. Anaknya, Tengku Noah menghidapi autistik dan telah mengalami kecederaan selepas dikasari pengetua pusat asuhan terbabit.

Anak diheret ke atas lantai dan dicederakan

Tengku Aminuddin turut berkongsi video rakaman CCTV yang menunjukkan anaknya sedang dimarahi pengetua terbabit dan jelas menunjukkan anaknya sedang takut. Anaknya dilaporkan tidak mahu makan dan telah mengeluarkan semula makanan yang disuap. Pengetua terbabit yang berasa geram kemudian memarahi dan mengasari anak terbabit.

Saya tidak rasa tindakan mereka mengheret anak saya di atas lantai dan mencederakan anak saya sebagai suatu tindakan yang munasabah dan tetapi merupakan satu tindakan yang tidak masuk akal.

Saya sebagai bapa yang membayar fee bulanan tanpa gagal, kesal dengan tindakan mereka dan tertanya-tanya adakah servis yang sebegini rupa ditawarkan kepada kami dengan bayaran fee yang agak tinggi oleh saya. – Soalnya.

Laporan polis turut telah dilakukan bapa terbabit. Tapi ada perkara yang lebih mengejutkan. Hasil pemeriksaan Tengku Aminuddin dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mendapat pusat asuhan itu tidak mempunyai sebarang kelulusan dan lesen dari JKM. Pusat asuhan terbabit turut didapati telah beroperasi secara tidak sah dan pelatih serta guru pula tidak mempunyai lesen mahupun pengalaman untuk mengajar anak-anak autism.

Semoga pendedahan ini dapat membantu ibu bapa diluar sana untuk memeriksa dahulu pusat asuhan. Kita tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan semata-mata ingin mengaut keuntungan.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas