Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Apa Dah Jadi Dengan Wajah Tom Cruise?

Trending

(VIDEO) Apa Dah Jadi Dengan Wajah Tom Cruise?

Sebut sahaja nama Tom Cruise, sudah pasti ramai yang mengenalinya. Pelakon kelahiran Amerika Syarikat ini dilihat tidak pernah mengecewakan peminat filem hasil lakonannya.

ADVERTISEMENT

BACA: NASA Tunai Hasrat Tom Cruise Buat FIlem Di Angkasa Lepas

Beliau juga dikenali dengan filem-filem bergenre aksi terutamanya filem Mission Impossible selain beberapa filem lakonannya yang berjaya mengutip lebih ASD 100 Juta.

Dalam pada itu, filem lakonan terbaharu Tom Cruise, Top Gun: Maverick yang sepatutnya ditayangkan pada 19 November ini kini ditunda ke 26 Mei tahun depan.

Penggambaran Mission: Impossible 7 pula dihentikan seketika pada Jun lalu berikutan berlaku jangkitan wabak pandemik di set penggambaran.

Wajah Tom Cruise berubah?

Apa yang terjadi dengan wajah Tom Cruise? Itulah persoalan demi persoalan yang dilontarkan oleh netizen selepas melihat wajah terkini pelakon tersebut.

Hal itu selepas mereka terkejut melihat gambar terbaharunya yang agak mengejutkan sewaktu hadir menonton satu perlawanan besbol baru-baru ini.

Berdasarkan perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna laman Instagram bernama all.thechisme, wajah Tom dilihat agak berbeza daripada sebelum ini.

Menerusi video itu, kelihatan wajahnya agak kembang dan hampir tidak dicam ketika dia duduk di kerusi penonton. Tom juga turut ditemani oleh anaknya, Connor Cruise.

Pada mulanya, kehadiran Cruise mengundang perhatian ramai. Namun, tiba-tiba keadaan wajah terbarunya itu turut mencuri perhatian kerana dilihat seperti bukan dirinya.

Netizen saling berdebat

Melihat wajah terbaharu pelakon itu, netizen turut berdebat sama ada perubahan wajah itu mungkin disebabkan oleh berat badannya yang naik secara mendadak.

Selain itu, terdapat juga netizen yang mendakwa pelakon berusia 59 tahun telah menyuntik bahan kosmetik pada wajahnya.

Namun, beberapa netizen tampil mempertahankan Tom yang menganggap dia terlalu menikmati kehidupan normalnya sehingga berat badannya bertambah, apatah lagi dirinya kini berehat daripada menjalani sebarang penggambaran.

Ramai betul dah buat spekulasi, tapi mungkin Tom menikmati kehidupan normalnya sehingga berat badan dia naik. Apapun, Tom masih kekal tampan dan awet muda.

Kredit: Harian Metro I Instagram all.thechisme

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas