
Oh! Tidak
(Video) “Anak Saya Baik” – Netizen Risau Tengok Budak Mentah Buat Main Dengan Kepala Air
Oleh
Tular di TikTok rakaman video memaparkan sekumpulan remaja lelaki seakan-akan mengacah dengan kepala air yang baru turun ke sebatang sungai.
BACA: Tiga Sungai ‘Hotspot’ Kepala Air Dikenal Pasti Di Hulu Selangor
Dapat dilihat mereka yang berada berhampiran sungai itu menunggu kepala air yang membawa gelombang aliran dalam kuantiti besar untuk turun.
@amruljemat Kepala air takleh bawak main dek
♬ original sound – Amrul
Lebih membuatkan netizen berapi apabila perakam yang disyaki seorang individu dewasa hanya ketawa melihat aksi tersebut.
Jelas netizen, fenomena kepala air bukanlah satu ‘permainan’ yang boleh dibuat main. Mereka mengambil iktibar daripada beberapa kejadian yang telah meragut banyak nyawa.


Setakat ini, video perkongsian seorang pengguna TikTok itu telah meraih lebih satu juta tontonan dan seribu komen.
Kredit: TikTok @amruljemat
