Connect with us

Oh! Media

(Video) Aktiviti Jual Makanan Orang Tak Puasa Terbongkar, Siap Simpan Lauk Dalam Mesin Basuh!

20230327 165246 0000

Oh! Tidak

(Video) Aktiviti Jual Makanan Orang Tak Puasa Terbongkar, Siap Simpan Lauk Dalam Mesin Basuh!

Terbaru, kegiatan seorang peniaga sanggup menjual makanan kepada orang tak berpuasa akhirnya terbongkar. Apa yang lebih mengejutkan, peniaga tersebut sanggup menyimpan lauk dalam tandas dan mesin basuh!

BACA: Pernah Tapau Lauk Kenduri? Ini Penjelasan Dalam Hukum Islam

Tindakan peniaga wanita terbabit dapat dikesan dalam satu operasi di Kelantan semalam oleh Pejabat Agama Jajahan Bachok.

IKLAN

Simpan lauk dalam tandas

Pegawai Agama Jajahan Bachok, Suratemi Mat Yusof memaklumkan hasil pemantauan pihaknya dan aduan orang awam mendapati peniaga berkenaan menjual makanan dan minuman kepada individu yang tidak berpuasa dari rumah.

Hasil operasi menemukan lebih 20 bungkus nasi yang disorok dalam mesin basuh dan ayam yang diperap di dalam tandas. Selain itu, kita juga menemukan teh o ais yang disembunyikan dalam bilik tidur. Hasil soal siasat, pemilik rumah mengaku membungkus nasi itu sebelum pembeli menghubunginya untuk mengambil makanan itu.

Peniaga berkenaan telah diberi amaran dan nasihat untuk tidak mengulangi perkara itu lagi. Haih, macam-macam lah taktik orang sekarang.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas