Connect with us

Oh! Media

Pernah Tapau Lauk Kenduri? Ini Penjelasan Dalam Hukum Islam

Jpg 20230227 140147 0000

Oh! Islam

Pernah Tapau Lauk Kenduri? Ini Penjelasan Dalam Hukum Islam

Di luar sana, ada tak sesiapa yang pernah tapau lauk kenduri untuk dibawa pulang? Ha, yang jenis curi-curi tapau tapi tak beritahu tuan rumah tu, ada tak?

BACA: Dahan Pokok Jiran Masuk Kawasan Rumah, Boleh Ke Ambil Buah Tanpa Izin?

Kali ini, Oh! Media akan kongsikan hukum dan pandangan Mufti Wilayah bagi perbuatan tersebut dalam sudut Islam.

IKLAN

Hukum tapau lauk kenduri

Capture 562x500 650x391 1

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum membungkus makanan kenduri adalah harus sekiranya mendapat keizinan daripada pihak tuan rumah atau tuan majlis.

Sekiranya tidak mendapat keizinan daripada tuan majlis atau adat setempat menunjukkan perbuatan tersebut tidak dibenarkan meskipun untuk kuantiti yang sedikit, maka hukumnya adalah haram.

Oleh itu, pihak tetamu perlu meminta izin terlebih dahulu daripada tuan rumah untuk menapau makanan agar terhindar daripada memakan makanan yang haram oleh kerana tuan rumah tidak redha akan perbuatan tersebut.

Kredit: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas