Connect with us

Oh! Media

Ustaz Abu Syafiq Dakwa Difitnah Teruk Dengan Pasukan Ustaz Ebit Lew

Trending

Ustaz Abu Syafiq Dakwa Difitnah Teruk Dengan Pasukan Ustaz Ebit Lew

Isu melibatkan Ebit Lew, aktivis Gaza, Nadir Al Nuri dan Caprice masih belum reda tetapi sekarang muncul pula isu melibatkan pendakwah bebas Ustaz Abu Syafiq.

ADVERTISEMENT

Ustaz Abu Syafiq dalam satu kenyataan mendakwa dia telah difitnah oleh beberapa ahli pasukan Ebit lew dan tidak mempunyai masalah dengan Ebit Lew. Dalam satu video yang dikongsikan di Instagram miliknya, Abu Syafiq turut menyatakan akan membuat laporan polis selepas telah difitnah teruk dengan pasukan Ebit Lew.

Saya telah difitnah teruk dengan fitnah yang tidak benar oleh beberapa orang daripada team Ustaz Ebit Lew sendiri, tetapi bukan Ustaz Ebit Lew. Saya tidak mahu menyebut nama, tetapi saya akan buat report polis dan tindakan undang-undang sekiranya hal ini tidak dapat diselesaikan dengan cara baik. – Katanya.

Jelasnya lagi, antara fitnah yang diterimanya adalah mendakwa Abu Syafiq telah menghina semua kerja amal dan mengkafirkan Ebit Lew. Tuduhan dan fitnah seperti itu dirasakan telah merosakkan namanya sebagai pendakwah. Sedangkan dia sendiri menyokong semua kerja amal Ebit Lew.

Saya sokong semua kerja amal Ebit Lew. Saya mengkaji dan melihat, rupa-rupanya dalam team ustaz Ebit Lew itu ada beberapa orang yang telah menyebarkan fitnah itu terhadap saya, bukan Ustaz Ebit Lew. Kerja amalnya saya sokong dan kerja-kerja dakwahnya saya tidak ada masalah kerana beliau tidak membawa mana-mana ajaran yang menyimpang serta memperjuangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah. – Katanya.

Dalam hantaran di atas, Abu Syafiq meminta agar Ebit Lew menjawab segala persoalan untuk ahli pasukannya yang telah melakukan kesalahan memfitnah ini.

Untuk penjelasan lanjut dari Abu Syafiq boleh tonton video di bawah:

Kredit: Instagram Usyaz Abu Syafiq

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas