Connect with us

Oh! Media

Tutup 850 Cawangan Di Rusia, Hamburger McDonald’s Mula Dijual Di Pasaran Gelap Pada Harga US$150

mcdonald's rusia

Trending

Tutup 850 Cawangan Di Rusia, Hamburger McDonald’s Mula Dijual Di Pasaran Gelap Pada Harga US$150

Tidak pastilah apa situasi sebenar yang dihadapi rakyat Rusia ketika ini selepas banyak jenama terkemuka mula menutup operasi mereka di negara itu. Ini semua selepas berlakunya sekatan ekonomi yang dilakukan Eropah akibat penaklukan Rusia ke atas Ukraine ketika ini.

ADVERTISEMENT

Terbaru, McDonald’s Rusia turut memutuskan untuk menutup sementara 850 cawangan mereka. Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif McDonald’s Rusia. Chris Kempczinski yang akan memastikan bayaran gaji kepada 62,000 pekerja mereka akan tetap diberikan.

Untuk pengetahuan korang, McDonald’s baru sahaja bertapak di Rusia sejak 30 tahun lalu dan sudah tentu penutupan ini menjejaskan golongan muda negara itu. Ini dapat dilihat apabila sudah ada pihak yang membawa masuk produk makanan McDonald’s ke pasaran gelap.

Memetik laporan agensi Anadolu, beberapa hamburger telah dijual pada harga US$150 di pasaran gelap.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas