Connect with us

Oh! Media

Tular Video Lelaki China Berpaut Dan Diseret Myvi?

Trending

Tular Video Lelaki China Berpaut Dan Diseret Myvi?

Tular satu video menunjukkan seorang lelaki warganegara China yang berpaut pada pemegang pintu belakang dan diseret sebuah kereta jenis Perodua Myvi malam tadi. Apa kes ni?

ADVERTISEMENT

BACA : Tersebar Video Warga Asing Sengaja Minta Dilanggar Kereta, Polis Berjaya Tahan Suspek

Menurut laporan Utusan TV, kejadian berlaku di Lebuhraya MRR2 dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh.

Kejadian tersebut berlaku selepas kemalangan, dimana pejalan kaki warganegara China telah cuba untuk masuk ke dalam Perodua Myvi yang kebetulan lalu di kawasan kemalangan kerana khuatir keselamatan diri terancam oleh orang awam akibat kemalangan

@utusantvofficial Reply to @hpkukentang00 . Kawan tu takut, sampai berpaut ke Myvi. #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #fyp ♬ original sound – UtusanTV

Pada awalnya, lelaki warganegara China itu tiba-tiba melintas jalan dan menyebabkan sebuah kereta jenis Proton Exora cuba mengelak dan terlibat kemalangan.

Kemudian, datang sebuah kereta jenis Toyota Vios dari arah belakang yang sempat memberhentikan kenderaan dari melanggar Proton Exora berkenaan.

Lepas je dari tu, sebuah motosikal jenis Yamaha tidak sempat mengelak dan melanggar kedua-dua kereta tadi. Selang beberapa minit, sebuah motosikal jenis Kawasaki pula merempuh motosikal jenis Yamaha tadi.

Lelaki warganegara China itu telah cuba untuk masuk ke dalam Perodua Myvi yang kebetulan lalu di kawasan kemalangan kerana khuatir keselamatan diri terancam oleh orang awam akibat kemalangan.

Betul menyusahkan! Kemalangan itu menyebabkan dua lelaki yang menunggang motosikal itu cedera dan telah dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras untuk rawatan.

Kes kemalangan diklasifikasikan di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1978, memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa.

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas