Connect with us

Oh! Media

Tersebar Video Warga Asing Sengaja Minta Dilanggar Kereta, Polis Berjaya Tahan Suspek

ohmedia kemalangan

Trending

Tersebar Video Warga Asing Sengaja Minta Dilanggar Kereta, Polis Berjaya Tahan Suspek

Hari ini tersebar pula video menunjukkan satu kemalangan melibatkan sebuah kereta dan seorang warga asing. Apa yang pelik dengan rakaman ini adalah apabila lelaki warga asing itu dilihat sengaja mencederakannya dirinya.

Pihak polis bagaimanapun berjaya menahan lelaki warga Myanmar ini dan mengesahkan lelaki itu sengaja membuat kelakukan itu di Klang minggu lepas.

Dalam satu laporan polis yang diterima, seorang lelaki tempatan mengatakan ketika sedang memandu dia terlihat seorang lelaki tidak dikenali berada di tengah jalan dan secara tiba-tiba berlari menuju ke atas keretanya sebelum melompat ke atas cermin hadapan.

IKLAN

Selepas kemalangan itu berlaku, pengadu memaklumkan kepada pejalan kaki yang melanggar keretanya itu bahawa kenderaannya terdapat rakaman kamera papan pemuka dan pejalan kaki tersebut terus beredar dari lokasi kemalangan, dan hanya mengalami kecederaan kecil. – Kata Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao.

Selepas melakukan siasatan, polis akhirnya berjaya menahan suspek di jalan Shahpadu Rantau Panjang, Klang pagi tadi. Kejadian seperti ini akan disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas